Shankar Mahadevan teruja berada di Malaysia

Shankar Mahadevan teruja berada di Malaysia

KUALA LUMPUR – Pemuzik India, Shankar Mahadevan tiba di Malaysia bagi menjayakan konsert ‘Music Fest with Shankar Mahadevan’ di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

Shankar Mahadevan merakamkan rasa teruja dalam laman rasmi My Events International untuk berada di sini.

“Saya sangat teruja, saya harap anda semua juga. Malaysia sebuah negara yang begitu berwarna warni, hebat dari segi keharmonian, peminat muzik terutamanya dalam industri India sangatlah luar biasa dan hebat. 

“Terima kasih kepada My Events International kerana berjaya menganjurkan sebuah konsert mega seperti ini yang bakal memberikan saya memori hebat sepanjang zaman,” katanya. -MalaysiaGazette