Sharifah Shahirah kongsi cerita disebalik nama arwah Andre Mikhail – “Nama Andre itu sebenarnya saya yang bagi”

Sharifah Shahirah kongsi cerita disebalik nama arwah Andre Mikhail – “Nama Andre itu sebenarnya saya yang bagi”

Penyampai radio dan pelakon, Sharifah Shahirah, berkongsi detik menyentuh hati ketika menziarahi anak sulung sahabatnya, pelakon Amyza Aznan, di Hospital Kuala Lumpur (HKL), petang semalam.

Memetik laporan Gempak, menurut Shiera, 51, sebaik menerima perkhabaran bahawa keadaan Andre semakin kritikal, dia berusaha meluangkan masa walaupun jadual kerjanya begitu padat.

Sharifah Shahirah cerita disebalik nama arwah Andre

Sharifah Shahirah Cerita disebalik nama arwah Andre

“Saya memang cari masa untuk lari sekejap (melawat) walaupun sibuk sebab saya tahu situasinya sekarang dah agak serius berdasarkan ‘update’ yang diterima.
“Selalunya kami hanya tengok perkembangan masing-masing dari jauh melalui Instagram saja sebab masing-masing sibuk dengan keluarga. Kalau nampak dia gembira dekat IG, maknanya kami pun rasa okaylah,” kata Sharifah Shahirah pada Isnin.

Shiera turut mengenang hubungan akrab mereka yang terjalin sejak sekian lama. Malah, dia mendedahkan pernah berada di bilik bersalin ketika Amyza melahirkan arwah Andre Mikael.

“Saya kenal anak-anak dia dari kecil lagi. Malah masa Amyza lahirkan Mikael (Andre Mikael) pun, saya ada sekali dalam bilik bersalin sebab kami kongsi doktor yang sama. Saya yang ‘menyambut’ dia.
“Nama ‘Andre’ itu sebenarnya saya yang bagi. Masa tu saya tengah fikir nama untuk anak saya sendiri tapi akhirnya saya tak guna nama tu. Saya cakap pada Amyza, ‘Aku suka nama orang putih sikit ni, Andre.’ Jadi Amyza ambil dan gabungkan jadi Andre Mikael,” kongsinya.

Bercerita kembali saat terakhir bertemu Andre, Shiera mengakui gagal menahan emosi sebaik melangkah masuk ke wad.

“Bila saya masuk tadi melawat, saya tak boleh tahan sedih. Amyza dah berhenti menangis tapi saya pula yang menangis. Saya rasa sangat sedih.
“Saya pesan pada mereka, ‘Korang jangan menangis, nanti saya pun tak boleh berhenti nangis.’ Saya tak mampu nak cakap banyak, hanya mampu doa dalam hati moga Amyza terus kuat,” ujarnya sebak.

Tambahnya, Andre serta adik-beradiknya sangat rapat dengan keluarga dan dikenali sebagai anak yang taat serta bertanggungjawab.

“Andre memang anak yang sangat baik, dia banyak membantu jaga adik-adik. Mereka memang sangat rapat dengan keluarga. Amyza pula memang jenis ibu yang sentiasa dengan anak-anaknya.
“Yang saya tak boleh tahan bila tengok adik kecilnya. Mungkin sebab Amyza sibuk, Andre yang jaga adik itu. Tadi pun adiknya tak mahu terlalu dekat dengan abang sebab tak sanggup. Semua orang tak sanggup tapi kita kena lalui juga,” tambahnya lagi.

Artike lain: Suami Amyza Aznan reda dengan pemergian anak – “Dia pergi di bulan Ramadan, itu menguatkan saya”

Untuk rekod, anak sulung Amyza, Andre Mikhail, disahkan meninggal dunia pada Isnin sekitar pukul 10.15 malam akibat kanser paru-paru tahap empat.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun selepas beberapa hari menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Sumber: Gempak (Umirah Halim)

Scroll to Top