Dalam dunia yang dikuasai kuasa dan pengaruh, kelemahan bukan lagi pilihan kerana hanya yang kuat mampu bertahan. Drama Korea Selatan penuh aksi, Shark: The Storm menemui penonton di Tonton bermula 29 Ogos 2025. Sekuel penuh debaran ini membawa penonton menyelami realiti kejam, dendam yang membara serta perjuangan untuk terus hidup.
Naskhah terbaharu ini menampilkan gandingan pelakon hebat termasuk KIM Min-Seok, LEE Hyun-Wook, BAE Myung-Jin, LEE Jung-Hyun, PARK Jin, dan JEONG Da-Eun.
Kisah bermula dengan perjalanan Cha Woo-sol (lakonan KIM Min-Seok) selepas tragedi dalam prekuel terkenal Shark: The Beginning (2021). Selepas dibebaskan dari penjara, Woo-sol berusaha memulakan kehidupan baharu sambil mengejar impian menjadi atlet seni bela diri campuran (MMA) profesional. Walaupun bekerja keras di sebuah gim, bayangan masa lalu sebagai bekas banduan terus menghantui dirinya.
Namun, satu insiden ketika sesi ‘sparring’ mengubah segalanya. Woo-sol secara tidak sengaja mencederakan lawannya dengan teruk, lalu mempertemukannya dengan Hyun Woo-yong (lakonan LEE Hyun-Wook), ketua kongsi gelap yang mengendalikan liga pertarungan haram.
Liga bawah tanah ini dikenali sebagai ‘ring of hell,’ tempat nyawa petarung menjadi hiburan bagi golongan berkuasa dan kaya. Tertarik dengan potensi Woo-sol, Woo-yong cuba merekrutnya, namun penolakan itu menjadikan Woo-sol sasaran utamanya.
Bagi mempertahankan diri dan melindungi orang yang disayangi, Woo-sol terpaksa melawan lawan-lawan berbahaya dalam dunia di mana hanya yang kuat dapat bertahan, selari dengan hakikat bahawa “seekor jerung akan mati sebaik sahaja ia berhenti.”
Shark: The Storm mengetengahkan kisah seorang bekas mangsa buli yang terseret ke dalam dunia pertarungan haram demi kelangsungan hidup. Sarat dengan aksi mendebarkan, konflik emosi dan pembangunan karakter yang mendalam, drama enam episod ini dijangka meninggalkan kesan besar kepada penonton.
Jangan ketinggalan menonton kesemua episod bermula 29 Ogos 2025, eksklusif hanya di Tonton!
Untuk perkembangan lanjut mengenai rancangan kegemaran anda, ikuti @tontonmy di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram.