Sharnaaz Ahmad Kongsi Momen Manis, 40 Tahun Pasang ‘Impian’ Miliki Motor Berkuasa Besar

Sharnaaz Ahmad Kongsi Momen Manis, 40 Tahun Pasang ‘Impian’ Miliki Motor Berkuasa Besar

Pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi momen manis apabila memaklumkan dia kini berjaya memiliki motor berkuasa besar jenis CVO Road Glide ST.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sharnaaz berkongsi bahawa dia telah lama memasang impian untuk memiliki motor berjenama antarabangsa, Harley Davidson itu.

Malah, dia bersyukur apabila penantian selama 40 tahun untuk memiliki motor idamannya itu akhirnya menjadi kenyataan.

“Bismillah, Alhamdulillah. Bertahun aku cuba beranikan diri untuk memetik bunga CVO ni. Tapi setiap tahun aku kecut. Tapi tahun ni aku gagahkan diri dengan bantuan @harleydavidsonofpj.

“Syukur Allah izinkan. Terima kasih. 40 tahun idaman aku. Thank you guys,” katanya.

 

Sekadar info, motor Harley Davidson CVO Road Glide ST itu memiliki harga permulaan bernilai RM346,900.

Scroll to Top