Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad berkongsi momen terakhir bersama Allahyarham bapanya, Datuk Bazir Ahmad menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian sepotong video pendek, aktor itu kelihatan menguruskan jenazah bapanya dari awal proses sehinggalah ke liang lahad.
“Pada hari anda mengebumikan ayah anda, seorang kanak-kanak lelaki telah mati dan seorang lelaki telah dilahirkan.
“Awak hantar saya ke tadika, awak hantar saya ke sekolah, awak hantar saya ke kolej, Awak hantar saya jadi pelakon lelaki terbaik. Biar saya hantar awak pulang buat kali terakhir..
“Terima kasih kerana mengajar saya sebagai seorang kanak-kanak, seorang lelaki, seorang lelaki dan seorang bapa.. mungkin tidak sehebat awak. Tetapi jangan lupa untuk membimbing saya dari atas sana,” tulisnya.
Terdahulu, Sharnaaz memaklumkan arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.40 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Rabu.
Jenazah kemudian disembahyangkan di masjid Syed Eyusof (dobyguard) Georgetown, Pulau Pinang selepas solat asar dan dikebumikan di Kebun Lama (belakang sekolah munshi).




