Sharnaaz Ahmad tak mencari jodoh, dah ‘standby’ masuk rumah orang tua

Sharnaaz Ahmad tak mencari jodoh, dah ‘standby’ masuk rumah orang tua

Pelakon berbakat besar, Sharnaaz Ahmad menafikan dakwaan ramai mengatakan dirinya seorang yang memilih dalam hidup berpasangan yang tidak terdiri di kalangan selebriti.

Pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad tampil membuat penjelasan memandangkan ada pihak salah faham tentang kenyataan yang dikongsikannya, baru-baru ini menerusi laman Instagram.

Ujarnya, dia tidak pernah mencari pasangan sebaliknya menyerahkan segala urusan jodoh kepada aturan Allah SWT.

“Sebab posting aku nak cari pasangan bukan di kalangan artis, rata-rata sudah salah anggap.
“Aku tak mencari, kalau Allah dah tentukan aku ni ada bini, aku terima, Jebat (anak tunggal) ada ibu baru yang pasti bukan pelakon!”ujarnya.

Tambah pelakon filem KL Gangster, dia juga sudah menyediakan tabung sekiranya tidak bertemu jodoh dan terpaksa menjadi penghuni rumah orang tua.

“Kalau takdak (tiada jodoh), aku dah standby tabung rumah orang tua-tua mewah punya, pakai jaket bulu warna merah sambil isap cigar, tengok hujan rintik ikut tingkap.
“Ada juga member boleh main dam aji, takpun snuker Lucky Ball,”ujarnya lagi.

Terdahulu, aktor berusia 38 tahun itu memuat naik kenyataan di Insta Story dengan memberitahu dia tidak mahu bakal temannya tergolong dalam kelompok artis atau pun pelakon.

Dia juga mengatakan mahu mencari seorang wanita yang sederhana sebagai teman hidupnya.

Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017 dan dikurnikan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden,5. Bagaimanapun usia perkahwinan mereka tidak kekal lama apabila dilaporkan bercerai pada 9 Julai 2020.

Sumber: Instagram @sharnaazahmad