SHARP, Nojima lancar kempen ‘Japanese Living to My Home’

SHARP, Nojima lancar kempen ‘Japanese Living to My Home’

SHARP Electronics Malaysia (SHARP) dan Nojima Malaysia secara rasmi melancarkan kerjasama strategik dengan memperkenalkan konsep ‘Japanese Living to My Home’ untuk membawa reka bentuk, inovasi dan falsafah gaya hidup Jepun ke dalam rumah pelanggan.

Selaras dengan imej kedua-duanya selaku jenama Jepun sebenar, SHARP dan Nojima bertekad untuk memaparkan teknologi canggih serta mutu perkhidmatan yang dikenali sebagai ‘omotenashi’.

Pengarah Urusan SHARP, Ting Yang Chung berkata, dalam pasaran yang semakin dibanjiri barangan alternatif murah dan berkualiti rendah, pihaknya menampilkan perkakasan bertaraf premium buat pengguna yang mendambakan nilai terbaik.

“Kami mahu pengguna mempunyai pilihan barangan yang boleh diharap dan jenama Jepun sememangnya tulus serta unggul,” katanya.

Yang Chung

Yang Chung

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Kempen ‘Japanese Living to My Home’ yang diadakan di LaLaport Bukit Bintang City Centre (BBCC) di sini pada Rabu.

Hadir sama, Menteri merangkap Timbalan Ketua Misi Kedutaan Jepun di Malaysia, Daisuke Nihei serta wakil Aatas Living, Lalaport dan Nitori Holdings.

Menurut Yang Chung, komitmen melaksanakan kempen sebegitu dibuat bagi memastikan setiap isi keluarga di negara ini mampu menjimatkan tenaga memandangkan Malaysia kini berdepan hala tuju ekonomi yang tidak menentu dan kos elektrik melambung.

Beliau berkata, ia juga dapat membantu pelanggan menguruskan perbelanjaan dengan lebih bijak tanpa perlu mengorbankan keselesaan.

Sementara itu, Pengarah Nojima APAC Pte Ltd yang juga Ketua Pegawai Eksekutif COURTS (Malaysia) Sdn Bhd, Tomonori Amma memaklumkan, pengguna bakal menikmati perkhidmatan runcit yang menjangkaui urusan jual beli biasa.

Katanya, kerjasama dengan SHARP membolehkan pihaknya memperkenalkan penyelesaian teknologi dan gaya hidup Jepun dengan cara yang lebih interaktif, menarik serta bermakna untuk rakyat Malaysia.

Tomonori Amma

Tomonori Amma

Berhadapan dengan realiti isu kenaikan harga elektrik dan trend bekerja dari rumah (BDR), SHARP memperkenalkan pelbagai teknologi baharu, antaranya Inverter J-Tech terkini berserta jaminan selama lima tahun.

Kempen ‘Japanese Living to My Home’ yang berlangsung bermula hari ini didasari wawasan untuk menyatukan pelbagai jenama Jepun.

Menyatukan teknologi SHARP dengan kepakaran runcit Nojima dan elemen gaya hidup Nitori serta estetika reka bentuk Aatas Living, SHARP menghasilkan ekosistem kehidupan yang lengkap meliputi semua keperluan harian.

Matlamat utamanya untuk menjadikan LaLaport sebagai hab premium di mana semua jenama Jepun bergabung di bawah satu bumbung bagi memberikan pengalaman gaya hidup Jepun menyeluruh dan berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia.

Tomonori (tiga dari kanan) selepas gimik pelancaran kempen 'Japanese Living to My Home' di Kuala Lumpur pada Rabu.
FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID

Tomonori (tiga dari kanan) selepas gimik pelancaran kempen ‘Japanese Living to My Home’ di Kuala Lumpur pada Rabu.
FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID

Selama dua minggu mulai 28 April hingga 12 Mei, pengunjung boleh melawat pameran interaktif di Main Atrium LaLaport yang akan menampilkan inovasi seperti teknologi lon Plasmacluster (PCI) dan Biomimetik.

Di luar ruang Main Atrium LaLaport BBCC terdapat SHARP x Nojima Japanese Living Hub yang direka berdasarkan ruangan rumah sebenar.

Dalam masa sama, ia menawarkan aktiviti mingguan seperti bengkel gaya hidup dan sesi interaktif untuk pengunjung.

 

 

Scroll to Top