Shell FuelSave Diesel kini diperkenal di Semenanjung

Shell FuelSave Diesel kini diperkenal di Semenanjung

Kuala Lumpur: Selepas kejayaan pelancarannya di Sabah dan Sarawak, Shell Malaysia memperkenalkan Shell FuelSave Diesel formula baharu di Semenanjung Malaysia.

Formula terbaharu itu menjadi bahan api diesel yang paling efisien oleh Shell setakat ini, mampu memberikan sehingga 19 kilometer (km) lebih jauh untuk setiap tangki.

Pengurus Besar Shell Mobiliti Malaysia, Seow Lee Ming berkata, Shell komited menyokong rakyat Malaysia dengan menambah baik penawaran bagi memberikan lebih nilai.

Katanya, ketika rakyat Malaysia berdepan dengan perubahan seperti rasionalisasi subsidi bahan api, Shell FuelSave Diesel baharu menawarkan penyelesaian praktikal, membantu pemandu pergi lebih jauh dengan setiap tangki.

“Sama ada pengguna memandu kereta diesel di jalan raya sibuk Kuala Lumpur, memandu trak pacuan empat roda dengan muatan berat di cerun berbukit Cameron Highlands atau merentasi jalan kampung dan laluan berlumpur ke Terengganu, Shell FuelSave Diesel baharu direka memberikan prestasi terbaik dalam pelbagai keadaan jalan raya.

“Lebih lima tahun penyelidikan dan ujian intensif dijalankan oleh 150 saintis sudah membawa kepada pengenalan formula diesel terkini ini,” katanya.

Menurutnya, Shell FuelSave bukan sekadar mengenai kecekapan bahan api, ia mencerminkan komitmen Shell dalam menjadikan perjalanan lebih baik dengan nilai dan kemudahan maksimum.

Shell FuelSave Diesel baharu menawarkan manfaat bagi membolehkan pengguna memandu lebih jauh serta membersihkan enjin secara mendalam, menghilangkan sehingga 65 peratus deposit enjin berbahaya dan melindungi daripada pembentukan deposit baharu.

Selain itu, formula baharu itu didatangkan dengan bahan aditif penyasaran deposit dwi-tindakan yang menanggalkan deposit berbahaya dan melindungi keadaan enjin.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top