Dallas: Ben Shelton bangkit daripada ketinggalan satu set sebelum menewaskan rakan senegara, Taylor Fritz 3-6, 6-3, 7-5 untuk menjuarai Terbuka Dallas dalam final sesama pemain Amerika Syarikat.
Pemain kidal berusia 23 tahun itu menyelamatkan tiga mata kejuaraan pada set penentuan sebelum mematahkan servis Fritz dan menutup perlawanan penuh dramatik.
Kejayaan itu menghadiahkan gelaran keempat Jelajah ATP buat Shelton.
Fritz yang memburu gelaran ke-11 Jelajah ATP memulakan aksi cemerlang dengan memenangi set pertama dalam tempoh 26 minit menerusi servis hampir sempurna.
Namun Shelton bangkit pada set kedua dengan 10 ace dan beberapa rali panjang untuk mengubah momentum.
Pada set ketiga, Fritz tampak hampir merangkul kemenangan selepas mendahului 5-4 dan memiliki tiga mata kemenangan, namun Shelton mempamerkan ketenangan luar biasa untuk menyamakan kedudukan 5-5 sebelum melakukan break penting dan menamatkan aksi dengan servis kemas.
Kemenangan itu menjadi kebangkitan positif buat Shelton selepas tersingkir di suku akhir Terbuka Australia bulan lalu kepada Jannik Sinner.
© New Straits Times Press (M) Bhd




