
Beregu wanita nombor satu negara, Thinaah-Pearly. Foto Agensi
PEARLY Tan-M Thinaah mengakui Liu Sheng Shu-Tan Ning tampil lebih baik untuk menyekat beregu wanita nombor satu negara dalam aksi suku akhir suku akhir Indonesia Masters pada Jumaat.
“Kita tidak dapat ikut rentak attacking mereka. Selain itu mereka pun tampil lebih agresif yang kami perlu work on selepas ini.
“Sesuatu yang kami boleh belajar dari mereka adalah agresif dan kelajuan permainan,” kata Thinaah.
Cabaran Pearly-Thinaah yang berstatus nombor 13 dunia tewas straight set kepada beregu dari China dalam kejuaraan Super 500 tersebut.


