Walaupun namanya semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini, pelakon Sherry Ibrahim bagaimanapun enggan mengambil pusing komen negatif yang diberikan terhadapnya.
Malah, dia dilihat senang berkongsi hantaran mahupun membuat sesi live bersama peminat di platform media sosialnya.
Terbaharu, Sherry sekali lagi berkongsi hantaran di ruangan Instagram Stories beserta pautan portal hiburan mengenai lelaki pilihannya.
“Sherry Ibrahim suka lelaki bergigi cantik dan wangi. Netizen pula berlumba-lumba nak carikan jodoh,” tulis pada hantaran berkenaan.
Terhibur dengan tajuk artikel berkenaan, Sherry bagaimanapun mendedahkan lelaki pihan hatinya mestilahs eorang yang menghormati orang, menjaga solat dan tidak poyo.
“My fans and netizen can be cute sometimes.
“Smart, humble, pembersih, tak poyo, animal lover, sangat menghormati orang, menjaga solat, dapat membimbing saya dunia akhirat, cool, have a good taste in music dan terpaling dia sayang mak dia. That will make me melt more,” ulasnya.

Terdahulu, Sherry menafikan bahawa dia bersikap terlalu ‘try hard’ untuk menjadi seorang Fazura selain sengaja mencari perhatian Fattah Amin susulan memuat naik video nyanyiannya berjudul ‘Sampai Ku Menutup Mata’ di TikTok baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa ‘Try Hard’ & Tumpang Populariti Isu Cerai Fattah Amin, Fazura… Sherry Ibrahim Bengang
ARTIKEL BERKAITAN: “Bangkit Untuk Mulakan Hidup Baru” – Sherry Ibrahim Harap Fattah Amin Tabahkan Hati
ARTIKEL BERKAITAN:“Baru Ni Saya Ada Jumpa Fatima Tapi Keadaannya Tak Sama.. Mungkin Ambil Masa”- Fattah Amin




