Penyanyi dan komposer Shiha Zikir menjadi perhatian ramai setelah mendapati bahawa dirinya merupakan individu yang mahu menghadiahkan lagu istimewa buat Adrian Adam, anak kepada pelakon Amyza Adnan.
Hadiahkan lagu buat Adrian Adam

Memetik laporan Utusan Malaysia, menurut Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir, 39, berkata, dia terus menghubungi pihak berkaitan sebaik sahaja selesai menonton persembahan Adrian dalam program TTMM2 malam semalam kerana tertarik dengan kemampuan vokal yang dipamerkan.
“Semalam, lepas tengok persembahan beliau, terus Shiha hubungi dia untuk hadiahkan lagu. Sedap suaranya.
“Sebelum ini, saya tidak sempat nak realisasikan untuk salah seorang ahli keluarga beliau. Jadi saya harap kali ini dapat saya tunaikan,” katanya menerusi hantaran di Threads.
Shiha turut menyifatkan peluang tersebut sebagai satu rezeki dan berharap dapat menghasilkan karya yang memberi makna kepada Adrian.
Screenshot
“Alhamdulillah, Shiha terima respon positif daripada pihak mereka. Semoga Shiha dapat realisasikannya kali ini.
“Kadang-kadang hidup ini lebih bermakna bila kita dapat buat orang lain bahagia,” tambahnya lagi.
Artikel lain: Dia nak berduet dengan arwah abang, kalau masuk bertanding – Amyza Adnan
Terdahulu, Adrian Adam menerima tawaran daripada seorang komposer yang juga pemilik syarikat rakaman kira-kira 30 minit selepas membuat persembahan dalam program Talk To My Manager 2 (TTMM2), malam tadi.
Sebelum ini, Amyza Adnan pernah berkongsi bahawa individu terbabit menyuarakan hasrat untuk menghasilkan lagu khas buat Adrian menerusi aplikasi WhatsApp sejurus selepas persembahan tersebut berlangsung.
Susulan perkembangan itu, Shiha menerusi hantaran di Threads memaklumkan dia mahu mencipta sebuah lagu istimewa buat Adrian Adam selepas hasrat terdahulunya untuk salah seorang ahli keluarga Amyza tidak sempat direalisasikan.
Sumber: Utusan Malaysia (Qhairul Nizam Hashim)




