Penyanyi dan pelakon popular, Shiha Zikir meluahkan rasa kecewa terhadap kenyataan seorang penulis tanah air yang didakwanya seolah-olah bersikap angkuh apabila menyatakan tidak akan menegur selebriti atau influencer kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian.
Menerusi hantaran di laman Threads, Shiha berkata, tindakan penulis itu membuatkannya berasa ‘turn off’ sehingga sanggup memadam pautan jualan buku individu terbabit daripada akaun affiliate miliknya.
“Baru delete buku dari seorang penulis ni di affiliate tentang Shiha. Turn off. Sebab baru-baru ni terbaca status dia pasal dia takkan tegur selebriti atau influencer sebab tak ada keperluan untuk dia,” luah Shiha.
Shiha turut menyatakan, kenyataan yang dimuat naik oleh penulis berkenaan kelihatan sombong dan tidak wajar dijadikan status umum.
“Tak kisah kalau tak nak tegur, tapi perlu ke sampai buat status? Dan adakah kalau awak tengah dalam keadaan memerlukan, baru awak akan tegur?” katanya lagi.
Sebagai seorang figura awam, Shiha menyeru agar semua pihak sentiasa bersikap baik dan menghormati sesama insan tanpa mengira status atau latar belakang.
“For me, as a public figure, just be kind to everyone. Mungkin disebabkan kita bertegur sapa itu buat ilmu yang kita nak sampaikan lebih meluas. Wallahualam,” tulisnya.
Di ruangan komen, Shiha menjelaskan dia sebelum ini merupakan pembaca tegar buku penulis terbabit dan sudah membeli banyak karya hasil tulisannya.
“Dah la dah beli banyak buku dia. Perasaan turn off tu macam mana tah nak explain. Maybe sebab kita minat membaca, sekali terbaca status macam tu,” katanya.
Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan Shiha dan menyifatkan kenyataan penulis tersebut boleh mengelirukan serta menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.