Shila Amzah Dedah Ibu Lebih Ceria & Teratur Selepas Bercerai – “Dia Ada Support System Yang Saya Sendiri Tak Ada”

Shila Amzah Dedah Ibu Lebih Ceria & Teratur Selepas Bercerai – “Dia Ada Support System Yang Saya Sendiri Tak Ada”

Penyanyi popular, Shila Amzah mengakui kehidupan ibunya, Fauziah Sarman kini semakin baik malah lebih teratur berbanding sebelumnya.

Kata Shila menerusi temu bual bersama sebuah portal hiburan, dia dan ibunya kini memahami situasi yang dihadapi bagi seorang ibu tunggal.

Namun, Shila menyifatkan, ibunya itu lebih beruntung berbanding dirinya kerana sentiasa dikelilingi dengan sistem sokongan yang terbaik terutamanya dari rakan-rakannya.

“Saya selalu berkongsi tentang apa yang saya selalu buat, apa yang saya cari dalam hidup. Kadang-kadang bila kita dah bercerai terutamanya bagi mak saya mungkin lebih sukar untuk dia masa bercerai sudah 55 tahun, sekarang 57 tahun jadi, pencarian dalam hidup tu mungkin dia perlukan sedikit guide.

“Tapi, mak saya sangat beruntung sebab dia ada ramai kawan-kawan yang support. Saya sendiri pun tak ada support syestem macam mak saya ketika  berlakunya perceraian itu.

“Saya memang ada kawan-kawan saya namun circle nya agak kecil. Itu sahaja lah sampai sekarang pun masih yang sama.

“Tapi macam mak saya, kawan-kawan dia bertambah. Sebab tu bila buat kenduri rumah akan penuh dengan kawan-kawan dia.

“Dan dari segi buah fikiran, Mak saya pun semakin terbuka, banyak input yang mak saya dapat belajar daripad akawan-kawan yang sebaya dengan dia.

“Jadi, sekarang bila bercakap atau berbincang tu lebih serasi sebab dia akan faham apa yang saya alami begitu juga saya.

“Dan, dia pun dapat mengenadalikan hidup dia lebih ceria, teratur,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Shila Amzah Lancar Lagu ‘Pernah Punya Aku’, Diangkat Dari Kisah Curang POV Ibu Sendiri

ARTIKEL BERKAITAN:Shila Amzah Lancar ‘Pernah Punya Aku’, Permulaan Baharu Selepas Berehat Panjang

ARTIKEL BERKAITAN:Lepas Muat Naik Gambar Bersama Bapa, Shila Amzah Luang Masa Berbuka Puasa Bersama Fauziah Sarman – “Date Dengan Mak Pula”

Ketika disoal adakah dia rindu untuk berkongsi luahan hati ketika kontroversi melibatkan keluarganya tular, pelantun lagu Patah Seribu itu bagaimanapun menjelaskan, tidak wujud perasaan rindu untuk berkongsi luahan hati ketika isu itu tular.

Ini kerana, dia lebih memilih privasi dan tidak suka mengadu dengan orang lain mengenai apa juga masalah yang berkaitan dirinya.

“Saya ni bukan jenis yang mengadu dengan orang. Saya memang jenis yang suka simpan sorang-sorang. Saya tak ada choice.

“Dan, perasaan nak pergi mengadu dekat mak tu memang tak ada.

“Cuma kita selalu macam diusia yang lebih dewasa ini something yang more natural untuk saya dan mak saya bercakap. Lagipun sekarang dia single,” jelasnya.

Sekadar info, Shila tampil dengan single baharunya berjudul ‘Pernah Punya Aku’ adaptasi dari kisah curang yang dilalui oleh ibunya.

Kongsinya, lagu tersebut dicipta dalam tempoh dua hari ketika dia masih berada dalam fasa berpantang.

Malah, single terbaharunya ini hasil luahan jujur yang tercetus daripada ketidakstabilan emosi pada ketika itu.

“Ketika itu saya sangat emosi. Suami saya cadangkan agar saya luahkan semuanya melalui lagu. Maka lahirlah Pernah Punya Aku. Lagu ini bukan sekadar luahan, tapi juga proses penyembuhan,” kongsinya.

 

Scroll to Top