am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Penyanyi, Shila Amzah, 32, memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan diserang penyanyi lelaki legenda semalam.
Menerusi hantaran di Insta Story, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah berkata, dia mengambil keputusan untuk mengunci mulut kerana bimbang kenyataannya nanti akan mengganggu siasatan polis.
Shila berkata, dia juga mahu menghormati konsert yang berlangsung di stadium Merdeka Kuala Lumpur malam ini.
“Saya tidak dapat memberi kenyatan malam ini atas nasihat pihak polis serta menghormati pihak klien dan penganjur acara malam ini,” tulisnya.
Bagaimanapun, kata Shila, dia bakal mengadakan sidang media apabila sudah bersedia untuk mengulas lanjut isu berkenaan
“Mohon maaf rakan- rakan. Insya-Allah bila sudah bersedia saya akan maklumlam,” tulisnya.
Terdahulu, satu laporan polis dibuat Shila aras dakwaan diserang penyanyi itu ketika mereka sama-sama terbabit dalam sebuah acara di Stadium Merdeka.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Shila menerusi satu hantaran di Instagram Story, yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan warga industri hiburan.
Shila turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd