Shila Amzah lega bakal suami tak hilang ingatan selepas pembedahan kecil

Shila Amzah lega bakal suami tak hilang ingatan selepas pembedahan kecil

Umum sedia maklum, kekasih penyanyi popular, Shila Amzah iaitu Ubai telah selamat menjalani pembedahan kecil di bahagian kepala bagi membuang ketumbuhan di sebuah hospital swasta.

Susulan itu, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Shila di IG storynya, dia meluahkan rasa syukur proses pembedahan itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

“Doakan sayang saya ni segera sembuh, nasib baik tak hilang ingatan lepas pembedahan hari itu,” katanya.

Pun begitu, apa yang mengejutkan ramai adalah penyanyi yang berusia 33 tahun itu mendedahkan Ubai kini mempunyai ketumbuhan di bahagian mata pula yang menyebabkan organ tersebut menjadi senget.

Namun begitu, apa yang membuatkan Shila terharu adalah bakal suaminya itu tetap melayani karenah peminat untuk mengambil gambar meskipun keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

“Korang tengok lah ni, dalam mata senget sebelah pun masih ada orang nak ambil gambar dengan dia. Mata dia tu ada cyst tahu tak, lepas ketumbuhan dekat belakang otak, sekarang ketumbuhan dekat mata pula,” ujarnya dalam video pendek itu.

Sebelum ini, Ubai juga berkongsi berita sedih apabila adik kesayangannya telah dijemput Illahi yang dipercayai meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Sumber: Instagram @Shila Amzah