Shila Amzah Nafi Campur Urusan Keluarga Amy Search

Shila Amzah Nafi Campur Urusan Keluarga Amy Search

Oh! Artis

Shila Amzah nafi campur tangan konflik keluarga Amy Search. Hanya sokong Nabila Huda sebagai rakan.


Lepas Dato’ Awie buka mulut dan minta Datuk Amy Search tampil beri penjelasan, ramai peminat mula buat spekulasi siapakah yang dikatakan ‘serang’ Shila Amzah masa latihan konsert baru-baru ini.

Rata-rata netizen mula mengaitkan insiden itu dengan konflik panas antara keluarga Amy Search sendiri.

Shila Amzah tampil bersuara, tegas tidak campur urusan keluarga orang…

Tak tunggu lama, Shila Amzah akhirnya bersuara untuk bersihkan nama. Dalam satu sesi temu bual dengan pihak media, dia tegas nafikan tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya.

Apabila dikatakan saya mengacau keluarga orang lain, ini sama sekali tidak benar dan tidak berasas.- Katanya.

Shila menjelaskan bahawa dia langsung tak terlibat atau berminat untuk campur urusan keluarga orang lain, apatah lagi membabitkan hubungan antara isteri Amy Search, Datin Nourish Hassan dan anaknya, Nabila Huda.

Shila Amzah hanya tunjukkan sokongan kepada Nabila Huda…

Apa yang berlaku sebenarnya hanyalah sokongan Shila terhadap Nabila yang juga merupakan rakan sesama industri. Kata Shila, dia faham apa yang dilalui oleh Nabila sebab dia pernah berdepan cabaran keluarga yang hampir sama.

Masalah keluarga saya sangat umum. Saya menyokong kenyataan Abil kerana dia turut melalui liku-liku kehidupan bersama keluarganya yang hampir sama kepada kami berdua. Saya pun tidak menyebut nama sesiapa.- Jelasnya lagi.

Jadi, bagi Shila, isu ini tak seharusnya diperbesarkan dan diputarbelitkan hingga mencetuskan salah faham.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis juga sahkan bahawa Amy Search memang ada mengherdik Shila semasa latihan konsert. Tindakan itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Shila yang dikatakan menyentuh isu keluarga mereka.

Pssttt! Dalam dunia hiburan, kadang-kadang empati pun boleh disalah erti, apatah lagi bila konflik peribadi dicampur adukkan dengan urusan kerja. Jadi, korang yang tengah lalui masalah dengan sesiapa pun. Ingat, tak semua orang yang menyokong kita tu ada niat jahat. Belajarlah untuk bersangka baik dan berbincang secara matang.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top