Oh! Artis
Shila Amzah teruja jumpa Jaclyn Victor dan Ella di acara MR.DIY. Tak sempat bergambar dengan Awie. Netizen pula rungkai benda lain.
Penyanyi popular, Shila Amzah baru-baru ini berkongsi momen manis selepas menghadiri sebuah acara anjuran MR.DIY yang turut disertai beberapa figura ternama industri muzik tanah air.
BACA: Shila Amzah Diserang Penyanyi Lagenda Ketika Latihan Konsert, Sudah Buat Laporan Polis
Dalam hantaran di Instagram, Shila meluahkan rasa gembira dapat bertemu semula dengan rakan seperjuangan, Jaclyn Victor dan Ella Aminuddin meskipun tidak sempat berbual panjang kerana kekangan masa.
“See you again! Great show today!”
Menurut Shila, beliau turut terkilan kerana tidak sempat bergambar bersama penyanyi legenda, Awie.
Namun begitu, Shila tetap berpuas hati dengan persembahan hebat yang ditampilkan sepanjang acara tersebut.
So happy to see my beloved sisters @jaclyn_victor and @ellaaminuddins! Sorry tak dapat sembang lama tadi. Tak sempat nak ambil gambar dgn abang @awieofficial tadi! See you again! Great show today.
Shila turut mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur serta pasukan glam yang menjayakan penampilannya malam itu.
Shila mengakhiri perkongsiannya dengan menyatakan beliau kini mahu berehat seketika sebelum memberi tumpuan penuh kepada program Raise The Star Malaysia yang bakal berlangsung pada hari Ahad.
Di ruangan komen, berbeza pula perkara yang dirungkai netizen. Mereka berteka teki adakah perkongsian ini ada kaitan dengan kes yang sedang dikaitkan dengan Shila sekarang.
Kredit: Instagram Shila Amzah
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.