Penyanyi Shila Amzah berkata dia tidak berniat untuk menarik semula laporan polis yang dibuat terhadap penyanyi lagenda Amy Search kerana bimbangkan keselamatan dirinya.
Memetik mStar Online, Shila turut berkata tindakannya itu dalam masa yang sama bagi mengelakkan daripada individu lain terkena perkara yang sama.
BACA: “Dia Tak Berseorangan” – Shila Amzah Dedah Ada Individu ‘Di Belakang’ Penyanyi Lagenda
“Saya buat laporan polis sebab nak jaga diri dan mental saya. Macam mana nak keluar rumah kalau rasa tak selamat?
“Saya juga buat untuk jaga dia (Amy) supaya tak berkelakuan luar batas lagi (kepada saya dan orang lain,” katanya.
Sementara itu, Shila turut mendedahkan ramai rakan artis dan mereka dibelakang tabir memberikan sokongan kepadanya serta ada yang mengakui pernah melalui pengalaman sama.
“Sejurus kejadian ini berlaku, terlalu ramai mesej saya termasuklah rakan-rakan industri dan orang yang bekerja di belakang tabir. Mereka kata pernah mengalami perkara sama.
“Saya sangat kecewa. Sejujurnya, saya tiada masalah dengan sesiapa sebelum ini. Sebagai anak seni, saya rasa perkara ini langsung tidak wajar,” katanya.
Sumber: mStar Online