Meskipun kontroversi yang menimpa penyanyi Shila Amzah belum reda, suaminya yang juga pempengaruh media sosial, Ubai tampil menepis dakwaan segelintir netizen yang mendakwa serangan terhadap isterinya itu berlaku disebabkan mencampuri urusan keluarga penyanyi legenda itu.
Memetik laporan Harian Metro, Ubai atau nama penuhnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli menjelaskan, isterinya itu sekadar menyokong kenyataan Nabila Huda yang dibuat sebelum ini mengenai isu keluarganya.
“Shila bukan masuk campur sebab dia hanya menyokong kawannya Abil. Keran amasing-masing mempunyai ibu tiri.
“Nabila juga faham mengenai perkara itu tapi mungkin perkara ini diambil terlalu serius atau terlalu peribadi oleh pihak sebelah sana dan terjadilah insiden itu,” katanya kepada pemberita.
Namun, sebagai suami, Ubai menitipkan pesanan agar Shila sentiasa berhati-hati memberikan komen terhadap keluarga penyanyi legenda tersebut.
“Selepas apa yang dilalui, kalau boleh kita elakkan apa yang boleh beri kemudaratan pada isteri dan keluarga saya,” jelasnya.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai tindakan penyanyi legenda itu, Ubai bagaimanapun menganggap tindakan tersebut tidak profesional.
“Bila benda ini terjadi saya nak tekankan kita juga perlu ada rasa hormat dan adab sesama manusia iaitu yang muda hormati yang tua begitu juga sebaliknya.
“Saya anggap perbuatannya itu tidak profesional sebab di hadapan orang ramai dan waktu bekerja.
“Seorang artis yang profesional dan waras, dia boleh saja tarik isteri ke tepi untuk berbincang dan sebagainya,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Insiden Serang Shila Amzah, Ibu Mohon Selesai Cara Baik – “Itu Orang Tua, Tak Tahu Apa Situasi Yang Dihadapinya”
ARTIKEL BERKAITAN:Isu Serang, Shila Amzah Buka Mulut – “Dia Bapa Kepada Nabila Huda”
ARTIKEL BERKAITAN:Awie Nafi Terlibat Insiden ‘Serang” Shila Amzah – “Merangkaklah Cari Aku Kat Mahsyar”
Sumber: Harian Metro




