am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Penyanyi, Shila Amzah, tetap profesional dan meneruskan persembahan pada Konsert Ulang Tahun Ke-20 Mr D.I.Y di Stadium Merdeka, di sini, malam ini walaupun berdepan situasi diserang seorang penyanyi lelaki legenda semalam.
Shila juga membuka tirai konsert pada malam itu dengan menyampaikan lagu Fireworks yang juga nyanyian asal Katy Perry serta mendapat sorakan penonton.
“Tahniah D.I.Y. untuk ulang tahun ke-20. Selamat datang ke Stadium Merdeka. Terima kasih DIY kerana menjemput saya.
“Tidak mudah untuk saya berada di atas pentas hari ini namun saya berjaya melaluinya,” katanya yang tampil dengan persembahan bertenaga walaupun mengakui sedang sakit kepala.
Selain lagu Fireworks, Shila juga menyampaikan lagu malar segarnya, Memori Tercipta dan lagu dalam bahasa Mandarin iaitu Xiang Ni De Ye.
Bagaimanapun, Shila enggan bertemu wakil media dan terus pulang sebaik selesai persembahan.
© New Straits Times Press (M) Bhd