Shopee sokong pertumbuhan e-dagang Karangkraf Mall sepanjang Ramadan

Shopee sokong pertumbuhan e-dagang Karangkraf Mall sepanjang Ramadan
Shopee sokong pertumbuhan e-dagang Karangkraf Mall sepanjang Ramadan

Shopee membantu Karangkraf Mall berhubung dengan pembeli melalui Shopee Live dan Shopee Video.

SHAH ALAM – Karangkraf Mall Sdn Bhd mencatatkan pertumbuhan hasil sebanyak 103 peratus sepanjang Ramadan tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu, didorong oleh promosi disasarkan, penggunaan alat kandungan Shopee serta sokongan pemenuhan pesanan.

Ketua Pegawai Eksekutif Karangkraf Mall Sdn Bhd, Izzat Izhar Muhammad Nasir berkata, platform Shopee membantu jenama tersebut berhubung dengan pembeli melalui pelbagai ciri kandungan termasuk Shopee Live dan Shopee Video.

“Shopee Live membolehkan kami berinteraksi secara langsung dengan penonton sambil membimbing mereka memilih al-Quran dan buku Islam yang sesuai sekali gus menggalakkan lebih ramai membuat pesanan.

“Shopee Video pula memudahkan pembeli menemui produk kami manakala kerjasama bersama affiliate membantu meluaskan capaian ke seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, logistik yang diuruskan melalui Fulfilled By Shopee membolehkan pasukan Karangkraf Mall mengurangkan beban operasi sekali gus memberi tumpuan kepada peluasan katalog bagi memenuhi permintaan musim perayaan.

“Usaha itu juga selari dengan misi Karangkraf Mall sejak 2018 untuk menjadikan al-Quran dan buku Islam lebih mudah diakses oleh masyarakat. Bersempena Jualan Akhir Raya pada 25 Mac, kami turut menawarkan diskaun 10 peratus bagi al-Quran terpilih.

“Pembeli juga boleh mengikuti siaran langsung harian jenama tersebut dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari serta 2 petang hingga 4.30 petang,” ujar beliau.

Selain itu, pembeli juga boleh melengkapkan persiapan sambutan Aidilfitri dengan meneroka pelbagai tawaran menarik sempena Jualan Akhir Raya pada 25 Mac di platform Shopee.

Antara tawaran yang disediakan termasuk diskaun fesyen Raya hingga 50 peratus, penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum serta baucar Shopee Live diskaun 50 peratus setiap hari di Jualan Bazar Hebat Raya Shopee.

Ringkasan AI

  • Karangkraf Mall Sdn Bhd mencatatkan pertumbuhan hasil sebanyak 103 peratus sepanjang Ramadan tahun ini
  • Platform Shopee membantu jenama tersebut berhubung dengan pembeli melalui ciri kandungan seperti Shopee Live dan Shopee Video
  • Shopee Live membolehkan interaksi langsung dengan penonton dan membimbing pemilihan al-Quran dan buku Islam
  • Logistik yang diuruskan melalui Fulfilled By Shopee membolehkan Karangkraf Mall mengurangkan beban operasi
  • Pelbagai tawaran menarik sempena Jualan Akhir Raya disediakan, termasuk diskaun fesyen Raya hingga 50 peratus dan penghantaran percuma
Scroll to Top