Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada meluahkan rasa syukur anak sulungnya, Humaira cemerlang dalam akademik.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Shuhada berkongiskan momen anaknya menerima anugerah pelajar terbaik di sekolahnya di Australia.
BACA: “Nak Jumpa Anak Sila Datang Australia” – Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Cakap Berbelit
“The Best Student of JLC (1/78). Wahai anakku Humairah, ibu bangga dengan kamu, bangga dengan pencapaian akademik dan kokurikulum, dengan adab kamu, dengan senyuman dan akhlak kamu, ibu bangga dengan kamu wahai anak, tahniah,” tulisnya.
Sementara itu, Shuhada turut gembira dengan adab yang ditunjukkan anaknya ketika mengambil anugerah apabila bersalam dengan kedua tangan serta mencium tangan.
“Dia sorang je salam principal dia dengan dua tangan and cium tangan, and principal dia pun macammm “awwww” tulisnya.




