Shuib dedah perbualan akhir dengan arwah Siti Sarah dalam MV Tinggalkan Diriku

Hampir tiga bulan penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia namun kenangan-kenangan bersama arwah tetap menjadi memori yang cukup bermakna buat semua terutama suami tercinta, Shuib Sepahtu.

Sehubungan dengan itu, menerusi  MV Tinggal Diriku yang dibawakan oleh arwah secara live version di showcase pada 2018, Shuib telah memuat naik sekali rakaman suara perbualan terakhir bersama Siti Sarah sebelum dia ditidurkan.

Susulan daripada itu, ramai yang mengakui sebak dengan suara terakhir allahyarham dan memuat naik semula cuplikan daripada MV tersebut di bahagian perbualannya bersama arwah.

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @azniamira00, dapat didengar dengan jelas Shuib memanggil nama isterinya dan mengatakan betapa dia amat menyayangi penyanyi wanita itu.

Pelawak itu juga sempat memujuk isterinya dan memberikan kata-kata semangat agar allahyarham bertahan untuk melalui ujian tersebut.

@azniamira00

Perbualan terakhir SITI SARAH & SHUIB 🥺 Allah. Cinta sampai syurga. #fypシ #sedih #sayang #SITISARAH #SHUIB

♬ original sound – MiraMakeMoney – MiraMakeMoney

Selain itu, menerusi Astro Gempak, Shuib menjelaskan bahawa dia telah mendengar rakaman lagu Tinggal Diriku selepas 6 hari pemergiaan arwah.

Pelbagai rasa hadir ketika mendengar dan merasakan seperti arwah sudah mengetahui yang dia akan pergi memandangkan bait-bait ayat begitu indah.

“Enam hari selepas pemergiaan Allahyarham Siti Sarah, saya mendengar rakaman lagu Tinggal Diriku yang dirakam ketika sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah yang diadakan pada 2018,”
“Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir tatkala mendengar semula lagu itu. Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi”
“Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang,” ujar Shuib.

Oleh sebab itu, Shuib telah mengabadikan lagu Tinggal Diriku ini ke dalam sebuah video sebagai salah satu tanda cinta kepada bidadari syurganya.

“Dalam MV ini saya selitkan perbualan akhir bersama arwah untuk memberikan kata-kata semangat dan memujuk arwah untuk ‘ditidurkan,”
“Ia adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak. Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak,” katanya lagi.

Untuk makluman, lagu tersebut telah dicipta oleh Aidit Alfian dan telah dirakam pada tahun 2002 dan berada didalam album Mimpi Pun Sama sekitar tahun 2003.

Sumber: YouTube Shuib Channel, TikTok @azniamira000, Astro Gempak (Asraf Aided)