Shuib Titip Ucapan Istimewa Buat Ayash Affan – “Ibu! Anak Awak Dah 4 Tahun”

Shuib Titip Ucapan Istimewa Buat Ayash Affan – “Ibu! Anak Awak Dah 4 Tahun”

Usahawan selebriti, Shuib meluahkan rasa syukur apabila anak bongsunya, Ayash Affan kini genap berusia empat tahun.

Mengakui anaknya itu seorang yang istimewa kerana dilahirkan secara pramatang, Ayash juga dilaporkan berhenti bernafas selama 8 saat semasa lahir.

“Dia lahir pada 6 Ogos 2021 pukul 4.29 petang.

“Dia bayi pramatang, semasa lahir dia tak bernafas hampir 8 saat. Allah maha hebat, dengan bantuan Dr bertugas dan izin Allah, dia bernafas buat pertama kalinya,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib juga mendoakan agar Ayash Affan menjadi anak yang soleh dan sihat sentiasa.

“Harini, genap usianya 4 tahun. Semoga menjadi anak yang sihat, anak baik, anak soleh dunia akhirat.

“lbumu melihat mu dari jauh, melihat penuh kasih dan sayang. Selamat hari lahir anak kesayangan dunia akhirat, Ayash Affan.

“Ibu@sitisarahraissuddin anak you dah 4 tahun,” tulisnya.

Terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia pada Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Siti Sarah dan Shuib sekeluarga positif COVID-19 sejak 25 Julai 2021 selepas pembantu rumah mereka dijangkiti wabak tersebut.

Siti Sarah dimasukkan ke ICU selepas tahap oksigen semakin tidak stabil.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 2011 sebelum ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Scroll to Top