Siap ada konco2 halang, lori ditembak kastam rupanya bawa arak seludup

Siap ada konco2 halang, lori ditembak kastam rupanya bawa arak seludup

Tular beberapa video memaparkan aksi kejar-mengejar antara polis dan kastam dengan sebuah lori yang dipercayai membawa muatan minuman keras tidak bercukai di Iskandar Puteri, Johor Bahru pada Khamis.

Seorang pengguna laman Facebook, Hise Saxo memuat naik koleksi video tersebut serta beberapa keping gambar memperlihatkan kenderaan kastam dan kereta peronda polis (MPV) mengalami kesan rempuhan.

Menerusi salah satu video, suspek tersebut dilihat berani mengundur dipercayai bagi merempuh kenderaan dinaiki penguat kuasa sebelum pegawai kastam bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah lori berkenaan.

Kejadian bertukar lebih dramatik apabila terdapat pula beberapa kereta lain disyaki menajdi ‘orang tengah’ penyeludupan seolah-olah cuba menghalang laluan kenderaan kastam daripada mengejar lori terbabit.

Bagaimanapun memetik laporan Harian Metro, difahamkan lori tersebut membawa 22,400 liter minuman keras yang dianggarkan bernilai RM1.8 juta termasuk cukai.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pemandu lori berusia 40- an yang mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu berjaya ditahan sebelum direman selama 10 hari.

Sementara itu, posting dikongsi Hise Saxo menerima sebanyak 4,000 perkongsian dan hampir 200 komen netizen mempersoalkan bagaimana pula dengan ‘konco-konco’ atau ‘tonto’ yang sudah terlepas.

Sumber: Facebook Hise Saxo , Harian Metro (Omar Ahmad)

 

Scroll to Top