“Siap Berjalan Buat Macam Pet” – Bonda Rozita Bela Anjing German Shepherd Tarik Perhatian |

“Siap Berjalan Buat Macam Pet” – Bonda Rozita Bela Anjing German Shepherd Tarik Perhatian |

Oh! Artis

Bonda Rozita Ibrahim membela dua ekor anjing K9 untuk menjaga 10 ekar kediamannya.


Tindakan Bonda Rozita, ibu kepada usahawan sensasi Dato Aliff Syukri, memelihara dua ekor anjing baka German Shepherd di kediamannya yang seluas 10 ekar demi keselamatan telah mencetuskan perdebatan hebat dalam kalangan netizen.

Ramai mempertikaikan keputusan itu, lebih-lebih lagi apabila anjing berkenaan dirakam berjalan-jalan di kawasan sekitar, seolah-olah dijadikan haiwan peliharaan.

Netizen pertikai tujuan sebenar

 1167

Menurut netizen, rumah yang besar bukan alasan untuk terus lompat ke pilihan bela anjing. Mereka mencadangkan supaya Bonda memasang CCTV atau mengupah pengawal terlebih dahulu.

Bela anjing ni benda paling last kena buat. First letak cctv, kalau kena pencuri masuk, baru letak guard, kalau dah guard + cctv tak jalan baru letak anjing.

Malah ada yang membandingkan tindakan itu dengan pengalaman sendiri memelihara anjing di kebun, yang lebih tertumpu pada tugas keselamatan bukan dijadikan ‘pet’.

Ada yang pertahankan, tapi tetap timbul isu sensitiviti

Bonda Rozita

Walaupun sesetengah pihak melihat tiada isu untuk bela anjing jika niat dan tujuannya jelas, ada yang tetap tidak bersetuju apabila ia dikongsi secara terbuka dan menjadi bahan tontonan umum.

Upah orang la Bonda bawak anjing jalan-jalan, nanti berak pun kena kutip pulak. Suruh trainer, jangan sampai orang kecam.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan dari sudut hukum agama dan adab berkongsi perkara sensitif di media sosial.

Pssttt! Bila isu sensitif seperti bela anjing dibuka untuk tatapan umum, eloklah lebih berhati-hati. Niat mungkin baik, tapi cara pelaksanaan juga kena fikir panjang.

Kredit: Threads @danielmuhammads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top