“Siap nyanyi lagi!” – ‘Nurse’ cucuk jarum vaksin, Amy Search sempat ‘belanja’ lagu

“Siap nyanyi lagi!” – ‘Nurse’ cucuk jarum vaksin, Amy Search sempat ‘belanja’ lagu

Program vaksinasi di Malaysia telah bermula sejak bulan Februari lalu. Ramai rakyat termasuklah golongan selebriti telah selamat menerima suntikan vaksin bagi mengurangkan risiko virus COVID-19.

Baru-baru ini, pelakon terkenal Nabila Huda berkongsi video memaparkan ayahnya Amy Search yang juga merupakan penyanyi rock lagenda Malaysia sedang menjalani prosedur suntikan vaksin.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai ketika menonton video itu adalah gelagat pemilik nama Suhaimi Abdul Rahman yang dilihat begitu tenang sewaktu petugas kesihatan menyuntik lengannya.

Bukan itu sahaja tau, bekas vokalis kumpulan Search itu juga sempat ‘belanja’ sebuah lagu nyanyiannya berjudul Fantasia Bulan Madu sewaktu jarum sudah dicucuk pada lengannya.

Amboi, bertuah betul ‘nurse’ tu dapat dengar nyanyian Amy secara ‘live’ dan percuma pula tu!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kemerduan suara Raja Rock Malaysia terbabit yang disifatkan masih berbisa.

Malah, ada juga yang berseloroh sebenarnya Amy menyanyi kerana mahu menghilangkan ketakutan dalam hati.

Terdahulu, Amy mengumumkan pengundurannya sebagai vokalis Search buat kali kedua, sambil menyifatkan kualiti vokal sebagai punca utama.

Selain itu, dia juga dilaporkan tidak akan terlibat dalam mana-mana konsert Search pada masa depan.

Sumber: Instagram Nabila Huda

Scroll to Top