“Siapa Beli Tag Okay, Nak Tengok” – Gara-Gara Penangan Nora Danish, Kopiah Putih Sold Out!

“Siapa Beli Tag Okay, Nak Tengok” – Gara-Gara Penangan Nora Danish, Kopiah Putih Sold Out!

Gara-gara penangan kisah cinta pelakon jelit, Nora Danish bersama individu berkopiah putih seperti yang tular baru-baru ini, produk tersebut laris di pasaran hingga habis terjual.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nora tampil dengan video pendek berdurasi tiga saat yang memaparkan dirinya memegang kopiah putih sambil menciumnya, sekali gus mencuri perhatian netizen.

Namun begitu, Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, 43, difahamkan merupakan rakan niaga (affiliate) bagi produk tersebut.

“Siapa beli, tag ok… nak tengok,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memuji teknik jualan yang dilakukan Nora dek kerana ia bukan sahaja terlihat ringkas namun, mampu memberi penangan hebat terhadap jualan produk berkenaan.

 

Scroll to Top