Siapa kaki travel dekat sini, mesti korang selalu pening kepala nak kira mata wang asing bila ingin melakukan pembayaran betul tak?
Ya lah, mana taknya, bila dah sampai depan kaunter, masa itu lah nak kira, masa itu juga lah nak bezakan antara wang kertas, dah rasa pressure. Itu belum cerita lagi dapat jelingan tajam daripada orang yang beratur di belakang…
Kalau nak guna aplikasi, memang sah-sah ada caj tambahan atau caj tersembunyi kan. Jadi, tak kan nak bawa wang kertas penuh satu dompet?
Jangan risau, lepas ni korang dah boleh travel dengan tenang, paling penting, tak perlu bawa banyak wang kertas pun tau! Kalau nak tahu macam mana, meh sini meh kami kongsikan.
Tak Perlu Pening Kepala Kira Mata Wang Asing, Tinggal Scan Saja!
Bonus point untuk korang yang memang pelanggan setia Maybank, kini mereka dah meluaskan pembayaran Cross-border DuitNow QR tau.
Sebelum ini, pembayaran menggunakan aplikasi MAE hanya boleh digunakan di Indonesia, Singapura, dan Thailand, kini Maybank tambah satu lagi destinasi iaitu Kemboja. Best kan?
Jadi, siapa dekat sini yang ada perancangan untuk bercuti ke Kemboja tu, atau ada urusan kerja di sana, dah tak perlu risau lagi, guna saja aplikasi MAE! Tinggal cari kod KHQR saja!
Menariknya, dengan aplikasi MAE, korang tak akan dikenakan sebarang caj tambahan atau caj tersembunyi, siap boleh semak jumlah yang perlu dibayar dalam RM lagi. Baguskan?
Macam mana nak menggunakan pembayaran Cross-border DuitNow QR ni? Senang kacang, ikut langkah mudah di bawah ini:


Langkah 1: Buka aplikasi aplikasi MAE dan tap pada logo Scan & Pay
Langkah 2: Imbas kod KHQR peniaga
Langkah 3: Tulis amaun yang perlu dibayar mengikut mata wang asing
Langkah 4: Semak jumlah yang perlu anda bayar dalam RM
Langkah 5: Pengakuan pembayaran. Maklumkan kepada peniaga bahawa pembayaran telah selesai.
Senang kan? Jadi lepas ni kalau korang travel ke Kemboja, pastikan korang jumpa KHQR kod dulu tau! Tak perlu susah-susah muat naik aplikasi lain untuk melakukan pengiraan dan pembayaran. Guna saja aplikasi MAE, mudah dan pantas!
Chop, chop, chop! Korang bukan pengguna aplikasi MAE? Haa, inilah masanya untuk korang muat turun aplikasi MAE dan daftar sebagai pengguna.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang pembayaran rentas sempadan, layari laman web rasmi Maybank, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.