“Siapa Je Yang Kahwin Tak Nak Bahagia?” – Isteri Fikry Ibrahim

“Siapa Je Yang Kahwin Tak Nak Bahagia?” – Isteri Fikry Ibrahim

Isteri kepada pelakon Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan menafikan dakwaan isu rumah tangganya diguna sebagai strategi untuk mempromosikan produk perniagaan yang bakal dilancarkan.

Menerusi sesi siarang langsung, Khalizah berkata tiada siapa yang dapat menjangkakan apa yang akan berlaku dan dia juga tidak mahukan perkara itu terjadi.

BACA: Peguam Sahkan Isteri Fikry Ibrahim Tarik Permohonan Cerai

“Kita ini manusia biasa, tak sempurna. Kadang-kadang Allah uji. Ada yang tanya saya, ‘Mama betul ke netizen kata marketing kena guna cerai dulu baru boleh jual produk?. Tapi sebenarnya, benda itu (isu cerai) bukan kita minta. Kita sendiri pun tak nak ia terjadi,” katanya.

Sementara itu, Khalizah berhata dia tahu hukum hakam serta beranggapan apa yang berlaku adalah ujian buat mereka suami isteri dan tiada siapa yang berkahwin tidak mahukan rumah tangga yang bahagia.

“Tak ada siapa pun yang nak bangga dengan perkara buruk. Tak ada siapa yang harap perkara macam ini berlaku.

“Apa yang jadi itu adalah ujian daripada Allah buat kami sebagai suami isteri. Saya pun walau tak pandai sangat bab agama, tapi saya tahu juga hukum-hakam. Apa yang saya buat bukan semudah yang orang fikir. Siapa je nak kahwin tak bahagia bukan,”katanya.

Pada Jun lalu, peguam syarie mewakii Khalizah mengesahkan anak guamnya hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menarik balik permohonan cerai.

Terdahulu, peguam Khalizah berkata anak guamnya memfailkan perceraian pada Mei lalu kerana tiada persefahaman.

Sumber: Utusan


Scroll to Top