Pelakon popular, Datin Intan Najuwa menjadi perhatian ramai apabila penampilan dan gaya pemakaiannya menjadi bualan di media sosial.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu memberikan pandangan penampilan Intan yang didakwa semakin seksi.
BACA: “Awak Tak Pernah Biarkan Saya Buat Kerja Rumah, Awak Manjakan Saya” – Intan Najuwa

“Siapa rasa Intan Najuwa makin cekci? Tak buka atas, buka bawah. Kalau tak buka, ketat macam bungkus badan. Aku yang perempuan tengok pun gulp, kalau lelaki tengok? Nak impress siapa tak tahu,” tulisnya.
Hantaran individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pandangan berkenaan namun ada yang mempertahankan pelakon itu.
Ada netizen mengatakan sejak dulu penampilan Intan seperti semikian dan mengapa perlu peduli dengan apa yang dipakai oleh aktres berkenaan. Kata netizen lagi, jika tidak suka tidak perlu lihat.
