“Siapa Yang Bercakap Buruk Saya Maafkan, Tolong Tegur Kalau Saya Buat Silap”

“Siapa Yang Bercakap Buruk Saya Maafkan, Tolong Tegur Kalau Saya Buat Silap”

Susulan teguran yang dibuat oleh pendakwah bebas, PU Syed berkenaan penampilannya, pelakon Liyana Jasmay berkata dia tidak berkecil hati.

Memetik mStar Online, Liyana berkata dia tidak marah dan menerima dengan hati terbuka serta beranggapan ianya lumrah sebagai anak seni.

BACA: “Seluar Pendek Memang Saya Pakai, Cuma Tak Post Media Sosial” 

“Tidak pernah terdetik rasa marah atau sakit hati. Saya terima segala teguran. Semoga doa yang bagus akan berbalik semula kepada saya serta mereka yang mendoakan,” katanya.

Sementara itu, Liyana berkata dia turut memaafkan mereka yang bercakap buruk mengenai dirinya namun akan bersuara jika kritikan membabitkan kedua ibu bapanya.

“Siapa yang bercakap buruk pun saya maafkan. Tolonglah tegur kalau saya ada buat silap kerana saya tak pernah ambil hati kecuali mereka sentuh pasal ibu bapa.

“Saya tak baca komen netizen sebab saya ada banyak benda nak buat. Biasanya orang sekeliling yang akan maklumkan pada saya,” katanya.

Terdahulu, Liyana berkata dia mengakui dengan apa yang dikatakan netizen bahawa dia tidak sepatutnya berpakaian seksi serta menerima nasihat diberikan.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top