Siasatan bermula! Netizen dakwa Syamsul dan Ira nikah di Masjid Songkhla?

Siasatan bermula! Netizen dakwa Syamsul dan Ira nikah di Masjid Songkhla?

Semalam, kecoh di media sosial isteri kedua pengarah popular, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar atau nama sebenarnya Faghirah Fatini binti Kazaruddin dikatakan memakai stoking bola ketika melangsungkan pernikahannya di Thailand.

Pun begitu, baru-baru ini, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @kekasihAllah1502 di laman TikToknya, dia mendakwa Syamsul dan Ira telah mengikat hubungan halal mereka di sebuah masjid terkenal di Thailand iaitu Masjid Songkhla.

@kekasihallah1502

Lokasi depa nikah di Masjid Songkhla (Taj Mahal Mosque)Berdasarkan gambaq tersebut.Sol,kak ulas ja jangan marah okay. #nikahsiam #nikahsiri #syamsulyusof #irakazar #travelinfo #miramikhailtrip🇹🇭 #akaktrip #tripmiramikhail #triphatyaisonghkla #miramikhail

♬ original sound – KekasihAllah1502 – KekasihAllah1502

Dalam video terbabit, wanita itu mendakwa berdasarkan tingkap dan mozek yang terdapat dalam sebuah gambar Syamsul dan Ira, lokasi pernikahan mereka adalah di Masjid Songkhla atau lebih dikenali sebagai Masjid Taj Mahal, Thailand.

“Hai semua, kak bukannya nak busy body pasal orang nak kahwin dua atau tiga. Kak cuma nak komen bab tempat mereka kahwin je.
“Berdasarkan tingkap dan mozek ni, lokasi mereka kahwin di Masjid Songkhla Thailand, atau lebih dikenali sebagai Masjid Taj Mahal Thailand. Akak cam, sebab biasalah aku kan kak long kawasan,” ujar wanita di dalam video itu.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan kebolehan wanita tersebut yang boleh menjejaki lokasi pernikahan pasangan selebriti terbabit.

Malah, netizen memaklumkan para lelaki sukar untuk menipu wanita kerana golongan tersebut mempunyai kepakaran yang luar biasa sebagai seorang detektif meskipun hanya melihat kepada tingkap dan mozek di masjid berkenaan.

Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen mendakwa Masjid Songkhla memang lokasi yang popular buat lelaki untuk berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri tua.

Sumber: TikTok @kekasihAllah1502