Siasatan kes amang seksual melibatkan pelakon dan penyanyi popular yang tular baru-baru ini dilaporkan sudah lengkap.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Assisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar memaklumkan, kertas sasatan itu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Khamis untuk tindakan lanjut.
“Kita sudah menyerahkan kertas siasatan kes pelakon dan penyanyi terkenal yang disyaki melakukan amang seksual terhadap remaja berusia 17 tahun,” katanya kepada pemberita.
Selain itu, pihaknya juga sedang menunggu arahan selanjutnya daripada pejabat peguam negara.
Sebelum ini, mangsa dikatakan berkenalan dengan suspek di kafe tempatnya berkerja.
Selepas beberapa kali pertemuan berlangsung, suspek kemudiannya membawa mangsa ke sebuah hotel dan kemudian melakukan amang seksual swcara fizikal.
ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Popular Ditahan Polis Terpalit Kes Amang S*ksual Babitkan Remaja 17 Tahun
Sumber: Awani