'Siasatan terhadap Muhammad Adlan selesai' – SPRM

'Siasatan terhadap Muhammad Adlan selesai' – SPRM

suharmin.yusuf@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan terhadap ahli perniagaan yang dikehendaki, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, sudah selesai.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan perkara itu dan menjelaskan bahawa ia menjadi sebab pihaknya sedang giatmengesan individu berkenaan.

“Siasatan sudah selesai. Semua keterangan saksi sudah diambil.

“Tinggal Adlan dan peguamnya saja untuk kembali bagi menghadapi pertuduhan,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis penutupan Mesyuarat Principals ASEAN Parties Against Corruption (ASEAN-PAC) Ke-21.

Berita lanjut menyusul.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top