“Sibuk Berendut? Dapatlah Juga RM6 Juta Untuk Muar, Rekod Kehadiran 100% Parlimen” – Syed Saddiq

“Sibuk Berendut? Dapatlah Juga RM6 Juta Untuk Muar, Rekod Kehadiran 100% Parlimen” – Syed Saddiq

Hantaran seorang individu menjadi perhatian apabila mendakwa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menjual nama penduduk Muar sedangkan sibuk ‘berendut’ bersama Bella Astillah.

Menyedari komen individu itu, Syed Saddiq tampil menafikan dakwaan berkenaan yang mengatakan dirinya ‘sibuk berendut’ sebaliknya berjaya mengumpul RM6 juta untuk Muar dan masih menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

BACA: “Nak Harapkan Duit, Saya Memang Tak Ada” – Syed Saddiq Akui Bella Bukan Materialistik

“Sibuk berendut? Dapatlah juga RM6 juta untuk Muar sambil rekodkan kehadiran 100% Parlimen,”jawabnya.

Sementara itu, menerusi satu hantaran Saddiq berkongsikan inisiatif dilakukan untuk Muar dimana lebih 12,000 baju Melayu diagihkan, 18,000 pakaian wanita, 7,000 telekung, ratusan komputer riba dan ipad serta 10,000 set foodbank.


Scroll to Top