Nama ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kembali menjadi bualan selepas seorang warganet mendakwanya menjual nama penduduk Muar sedangkan dirinya sibuk ‘dilamun cinta’ bersama selebriti, Bella Astillah.
“Bro, jangan jual nama penduduk Muar ler bro. Pengundi Muar tahu ko sibuk berendut.
“Lupa tugas MP Muar,”dakwa individu tersebut di platform Threads.

Tidak berdiam diri, Syed Saddiq, 34, tampil menafikan dakwaan tersebut dan memperbetulkan fakta sebenar.
Beliau berkata, meskipun dirinya dikatakan ‘sibuk berendut’, namun dirinya masih mampu berbakti kepada warga Muar termasuk mencatatkan kehadiran penuh di Parlimen.

“Sibuk berendut? Dapatlah juga RM6 juta untuk Muar sambil rekodkan kehadiran 100% Parlimen,”jawab Syed Saddiq kepada individu berkenaan.

Syed Saddiq sebelum ini memaklumkan beliau bersama jenama fesyen tempatan, Primavalet (PV), sebagai duta jenama pakaian telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM6 juta untuk disalurkan kepada penduduk Muar.
Artikel lain: Kutip lebih RM2 juta! Syed Saddiq pilih kerja sambilan jadi duta produk demi rakyat Muar
Hasil kerjasama itu membolehkan 50,000 pasang baju kurung dan telekung diagihkan, selain 10,000 unit bank makanan yang setiap satunya bernilai RM250.


“Kerajaan mana yang mahu beri wang sebanyak itu? Melalui usahasama tersebut, sebanyak 50,000 pasang baju kurung dan telekung serta 10,000 unit bank makanan yang setiap satunya bernilai RM250, berjaya diagihkan,” kata Syed Saddiq.
“Saya diperlekeh, saya tidak kisah pun dan menerimanya dengan niat yang baik asalkan saya boleh terus buat kerja sambilan untuk penduduk kawasan saya.

“Baru minggu lalu, saya turun ke Muar untuk mengagihkan 100 buah iPad berkualiti,” kata beliau kepada wakil media di Istana Kehakiman pada Selasa.
Sumber: Threads Syed Saddiq


