Sibuk Nak Pegang Tangan? Peminat Dakwa Hannah Delisha Diganggu Lelaki Ketika Acara Moreh

Sibuk Nak Pegang Tangan? Peminat Dakwa Hannah Delisha Diganggu Lelaki Ketika Acara Moreh

Seorang individu mendakwa pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha, berdepan situasi kurang selesa apabila didakwa diganggu seorang lelaki ketika menghadiri sebuah acara moreh baru-baru ini.

Dakwaan itu dikongsikan oleh individu terbabit menerusi platform Threads, selepas menghadiri acara yang turut menampilkan Hannah sebagai tetamu.

Menurut individu berkenaan, situasi tersebut berlaku apabila seorang lelaki didakwa cuba menyentuh tangan Hannah dan mendekatinya sehingga pelakon itu dilihat cuba menjauhkan diri.

“Semalam pergi acara moreh dengan Hannah Delisha memang best, tapi ada satu situasi yang buat Hannah tak selesa.

“Ada seorang lelaki ni macam sibuk nak pegang-pegang tangan Hannah, lepas tu nak dekat-dekat sampai Hannah jauhkan diri sikit masa tu,” katanya.

Dalam masa sama, individu itu turut menasihati orang ramai supaya menjaga batas ketika berinteraksi dengan selebriti, apatah lagi Hannah kini sudah berkahwin.

“Saya bukan apa, tapi fikir-fikir la dia dah berkahwin dan dah bersuami.

“Tapi saya tak nafikan dia memang cantik dalam televisyen (TV), kat luar lagi cantik. Tapi tolong behave,” katanya lagi.

Scroll to Top