SIC jamin perlanggaran SOP tidak berulang lagi

KUALA LUMPUR – Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan memastikan pelanggaran prosedur operasi standard di litar itu tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

SIC menjelaskan pihaknya merupakan penyedia tempat untuk sesi latihan “MUSC SIC Sepang Drag Cars Test & Tune 2021” yang berlangsung malam semalam.

Selaku penyedia tempat latihan, SIC telah mengeluarkan SOP untuk penganjuran acara sukan permotoran tempatan dan aktiviti ‘Track Day’ dengan penonton dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kepada penganjur dan peserta.

”Ini juga pertama kalinya pihak SIC membenarkan kemasukan 2,000 penonton di Main-Grandstand berdasarkan had yang dibenarkan oleh SOP,” katanya yang mengulas kejadian itu.

Semalam tular di media sosial mengenai kekecohan acara yang berlaku ketika polis masuk pit lane.

Penganjur MUSC Motorsports dikenakan denda RM20,000 kerana gagal mengawal SOP.

Menurutnya, MUSC Motorspos, penganjur bagi sukan permotoran drag telah menyewa litar SIC dan menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan para pengunjung, pesea dan pasukan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

SIC telah bekerjasama dengan pihak polis untuk menyuraikan orang awam yang berkumpul.

Katanya, kompaun telah dikeluarkan kepada mereka yang ingkar dengan SOP yang telah diberikan seperti memakai pelitup muka dan penjarakan sosial.

”Demi memelihara aktiviti dan acara sukan permotoran tempatan dapat diteruskan, pihak SIC akan memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang di masa akan datang,” ujarnya. – MalaysiaGazette