bhnews@ bh.com.my
Gombak : Sidang Media Mingguan Menteri Komunikasi akan dilaksanakan secara hibrid bagi mengurangkan beban kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata demikian ketika diminta ulas sama ada pengamal media akan diberi kuota 300 liter BUDI MADANI RON 95 (BUDI95).
Fahmi berkata, permohonan pengekalan kuota BUDI95 akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Selasa depan.
“Bagi mengurangkan beban rakan media, sidang media mingguan kementerian komunikasi akan dilaksanakan secara hibrid, wartawan dari Kuala Lumpur tidak perlu lagi hadir secara fizikal ke Putrajaya,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd



