Kuala Lumpur : Yeo’s Malaysia menampilkan kempen “Sepenuh Jag, Sepenuh Kebaikan” yang meraikan nilai kekeluargaan, kasih sayang dan kebersamaan merentas generasi.
Kisah menyentuh hati mengenai Alya yang menyambut Ramadan pertama tanpa nenek tersayang. Jag yang dahulunya sentiasa dipenuhi minuman Yeo’s kini menjadi simbol kebersamaan keluarga yang ingin dihidupkan semula olehnya.
Bagi menyemarakkan lagi kempen ini, Yeo’s bekerjasama dengan pempengaruh terkenal, Che Sayang serta beberapa pencipta kandungan lain untuk berkongsi kisah peribadi melalui tanda pagar #CeritaJagKita.
Di lapangan, Yeo’s bekerjasama dengan ST Rosyam untuk menganjurkan sesi berbuka puasa khas, selain membuka gerai jualan selama 30 hari di Gastro Seni, Putrajaya.
Yeo’s turut menyokong inisiatif khidmat masyarakat melalui program “Drive Thru Bubur Lambuk #KAMICARE” bersama ASTRO.
Satu lagi inisiatif bermakna adalah usaha warga kerja Yeo’s sendiri yang menyantuni hampir 50 buah masjid di seluruh negara bagi berkongsi kebaikan daripada Jag Yeo’s kepada komuniti setempat.
Pengurus Jenama Kanan Yeo’s Malaysia, Yvonne Lam berkata, melalui kempen ini, Yeo’s ingin menunjukkan bahawa simbol sederhana seperti jag di meja makan mampu membawa makna kasih sayang yang besar.
“Setiap jag yang diisi dengan Yeo’s melambangkan kebaikan dan khasiat untuk dikongsi bersama keluarga. Kami berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada detik bermakna ini sebagai simbol kebaikan yang terus dituangkan,” katanya.
Memeriahkan lagi suasana, Yeo’s Malaysia memperkenalkan produk baharu, Yeo’s Susu Soya Pandan Chiffon yang diinspirasikan daripada rasa kek sifon iaitu menggabungkan aroma pandan harum bersama sentuhan rasa kelapa untuk pengalaman minuman unik dan moden.
© New Straits Times Press (M) Bhd




