Sinner kini pemain nombor satu dunia

Sinner kini pemain nombor satu dunia

Turin: Jannik Sinner menghabiskan masa rehat di Final ATP di Turin dengan menerima trofi sebagai pemain tenis nombor satu dunia hujung tahun ini.

Sinner menyertai acara penutup musim itu dengan status sebagai pemain Itali pertama yang menduduki ranking pertama ATP pada penghujung tahun.

“Ia adalah detik yang sangat istimewa untuk dikongsi di sini di Itali,” katanya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan di seluruh dunia, terima kasih kepada pasukan saya. Tanpa orang-orang yang dekat dengan saya, yang memahami saya sebagai seorang individu, siapa saya, ia akan menjadi sangat sukar,” tambah Sinner, sambil menyifatkan dirinya sebagai “sangat bertuah.”

Musim Sinner diwarnai dengan kontroversi selepas dua kali diuji positif bagi menggunakan steroid clostebol Mac lalu.

Pada awalnya, dia dibebaskan oleh Agensi Integriti Tenis Antarabangsa, tetapi pada akhir September, Agensi Antidoping Dunia (WADA) merayu keputusan itu dan meminta agar dikenakan larangan sehingga dua tahun.

Pemain Itali itu yang memenangi perlawanan pertama di final pada Ahad lalu menentang pemain Australia, Alex De Minaur yang menggantikan Novak Djokovic dari Serbia.

Boris Becker yang menghabiskan 221 hari di sebagai pemain nombor satu pada 1991 tetapi tidak pernah menamatkan tempoh setahun di tangga teratas.

Beliau berkata bahawa walaupun “pasti ada Carlos Alcaraz dan pemain-pemain lain, Jannik akan menjadi nombor satu dunia untuk masa yang lama.”

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top