Sisi positif beli banglo

Sisi positif beli banglo

asyikin.mat@hmetro.my

Lazimnya pelaburan hartanah lebih tertumpu kepada kediaman jenis kos rendah dan sederhana kerana faktor harganya yang mampu milik.

Tetapi, sebenarnya menjadikan rumah banglo sebagai pelaburan antara tindakan bijak, namun tidak ramai memilih kediaman jenis ini disebabkan harganya tinggi.

Hanya golongan berpendapatan tinggi sahaja mampu memiliki hartanah mewah berkenaan yang ada kalanya mempunyai lebih satu unit.

Empat sebab rumah banglo adalah pelaburan bijak

1. Nilai hartanah jangka panjang stabil

Rumah banglo mempunyai peningkatan harga yang konsisten.

Ini disumbangkan beberapa faktor iaitu lokasi, kemudahan dan pasaran semasa.

Selalunya lokasi rumah banglo berada dalam kawasan strategik, sedang berkembang atau mempunyai akses kemudahan awam yang lengkap.

Kadar pertumbuhan rumah banglo sekitar lima hingga 10 peratus setahun.

2. Ruang peribadi

Secara umum, rumah banglo setingkat mempunyai keluasan antara 1,500 hingga 3,000 kaki persegi.

Manakala rumah banglo dua tingkat boleh mencapai 2,500 hingga 5,000 kaki persegi.

Saiz yang luas ini membolehkan rumah memiliki ruang yang selesa dan peribadi untuk keluarga.

Rumah yang luas ini lebih mudah untuk mengadakan aktiviti bersama keluarga.

3. Potensi kenaikan sewa tinggi

Ini kerana lokasi strategik dan saiz yang luas menyebabkan kediaman itu sentiasa mendapat permintaan tinggi untuk disewa.Faktor ini juga menjadikan kadar sewa lebih kompetitif.

Pemilik rumah boleh menaikkan kadar sewaan setiap tahun dan mendapat pulangan pelaburan yang baik.

4. Persekitaran tenang dan selamat

Oleh kerana harganya yang mahal, rumah ini dibina di kawasan elit dengan persekitaran selamat dan tenang.

Pemaju juga membina perumahan ini lengkap dengan landskap moden yang menambahkan ciri-ciri rumah mewah.

Selain itu, kawasan perumahan banglo turut dilengkapi sistem keselamatan yang canggih.

Semua ciri-ciri ini diinginkan pemilik rumah mewah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top