Sistem Tebus RM100 SARA Sedang Dipulihkan, Kini Lebih RM50 Juta Telah Dibelanjakan – MOF

Sistem Tebus RM100 SARA Sedang Dipulihkan, Kini Lebih RM50 Juta Telah Dibelanjakan – MOF

Putrajaya, 2 Sept (Amanz Media) – Setakat jam 9.30 malam hari ini (31 Ogos) didapati sekitar 850,000 rakyat Malaysia telah membelanjakan lebih RM50 juta di bawah inisiatif kredit RM100 Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di pasaran runcit terpilih.

Berikutan tindakan penebusan yang tinggi, Kementerian Kewangan (MOF) pada notis media malam ini memaklumkan sistem terminal SARA melalui MyKasih kini berdepan gangguan yang sekaligus perlihatkan penurunan prestasi di sebilangan lokasi.

Maka untuk memastikan sistem terminal MyKasih kembali stabil, MOF memaklumkan MyKasih akan menyelenggara sistem pada malam ini untuk memastikan tindakan penebusan kredit pada 1 September 2025 lebih lancar buat semua pengguna.

Oleh itu, diharap semua pengguna terlibat peka akan proses penyelenggaraan sistem yang berlaku dan diingatkan penebusan kredit RM100 one-off SARA ini kekal sah sehingga 31 Disember 2025, dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.

Sumber: Rnggt.com


Scroll to Top