
Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadan. Demi meraih ganjaran pahala yang berganda, Majalah Rasa menganjurkan sebuah program CSR bubur lambuk bersama AJI-SHIO® dan FGV Holdings Berhad (FGV). Turut hadir, selebriti terkenal seperti Siti Elizad, Mila Jirin dan Pak Nil memeriahkan majlis!
Program melibatkan penyediaan 2,000 mangkuk bubur lambuk dan lebih 8,000 kuih-muih tradisional itu telah diedarkan secara percuma untuk penduduk Shah Alam dan kawasan sekitarnya.
Acara ini berlangsung di Central I-City, Shah Alam, bermula dari pukul 10:00 pagi hingga 5:00 petang. Inisiatif ini bukan sahaja menyantuni komuniti Shah Alam, malah turut menyasarkan kumpulan petugas hospital dan pegawai agensi beruniform.


Pengedaran khas kepada kedua kumpulan ini adalah sebagai tanda penghargaan bagi bakti mereka dalam berkhidmat kepada masyarakat di bulan Ramadan.
Program sehari ini mencerminkan tekad Majalah RASA, AJI SHIO®, dan FGV dalam memenuhi tanggungjawab sosial mereka selain menjalinkan ukhuwah dan persahabatan, selari dengan sambutan bulan Ramadan yang mulia.
Seawal pagi segala persiapan memasak disediakan dan aktiviti rewang sebagaimana kita pernah saksikan dalam majlis perkahwinan di kampung dapat disaksikan. Program ini juga menyajikan bubur lambuk dijamin sedap kerana menggunakan Lada Berperisa dan Lada Hitam Berperisa daripada Aji-Shio serta beras wangi Malaysia daripada SAJI Aroma.


Program RASA Bubur Lambuk dan Kuih Warisan 2024 telah berlangsung pada 23 Mac 2024 bertempat di Central I-City, Shah Alam menyaksikan kehadiran tetamu kehormat iaitu Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan Halimi EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor merangkap Adun Kota Anggerik dan turut diiringi barisan pengurusan Ideaktiv Sdn Bhd, FGV dan juga AJI-SHIO®.
Bagi menghangatkan lagi acara memasak bubur lambuk ini, selebriti Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil dan Siti Elizad turut diundang. Artis Mila Jirin turut menyumbang suara merdunya di program ini. Bagi memastikan kualiti, kelazatan dan keenakkan bubur lambuk, pihak RASA telah bekerjasama dengan Chef Fikree dan Chef Naem, pakar dalam bidang masakan untuk proses memasak bubur lambuk.




Pengedaran bubur lambuk berlaku di pelbagai lokasi dengan edaran ditumpukan kepada petugas-petugas beruniform yang berkhidmat dalam pelbagai sektor seperti pasukan polis, bomba, profesional kesihatan dan perkhidmatan penting lain.
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/video/tip-aksesori-sharifah-rose-menjelang-hari-raya/
Download seeNI sekarang!

Bakat nyanyian Maryam Younarae, isteri kepada pempengaruh YouTube ‘Durian Kimchi’ iaitu Ryzal Ibrahim kini makin meniti bibir ke bibir. Ramai netizen dakwa, suara Maryam persis Dayang Nurfaizah, amboi betul ke?
Percaya bahawa bakat yang baik mesti diasah dengan betul, Maryam yang juga usahawan khimar KHIMARYAM mula berlatih vokal dengan guru vokal terkenal Cikgu Shafi secara serius.
Kata wanita berusia 32 tahun itu, beliau mula belajar vokal sejak lima bulan lalu kerana minat menyanyi. Dalam waktu yang sama, beliau juga berusaha memperbaiki sebutan Bahasa Melayu yang dirasakan lebih sukar berbanding bahasa Korea.
Bukan saja mampu membawa cover lagu ini dengan baik, malah penghayatan Maryam juga patut dipuji. Jom tengok video ni…
Keyakinan Maryam untuk menyanyi terlahir apabila ramai yang memuji suaranya ketika membuat persembahan di beberapa tempat.
Mengakui masih mencari komposer yang sudi menghasilkan lagu buatnya, Maryam kini memilih untuk menyanyikan semula beberapa lagu popular kegemarannya dan menyertai mana-mana pertandingan nyanyian jika berpeluang.


Untuk rekod, Maryam dan suami Rizal Ibrahim telah diijabkabulkan pada tanggal 15 Ogos 2019. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun itu, kehidupan pasangan ini diserikan dengan kehadiran cahaya mata perempuan, yang diberi nama Rina Ryzal dilahirkan pada Oktober 2021.
Sumber: Instagram Maryamyunrrr
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/tahniah-dr-tini-ariffin-bekas-pengacara-3r-kini-genggam-phd-meski-struggle-hidap-kanser-payudara/
Download seeNI sekarang!

Atas usaha Kemanusian Sejagat, Ummah Ikhlas, Sinar Karangkraf, Karya Bestari, TV Al Hijrah dan My Aqsa Defenders bekerjasama menganjurkan #QuranHour untuk Gaza di Shah Alam.
Dengan mesej ‘memanusiakan manusia’ menerusi pengisian Surah Al Insan, acara dijangka berlangsung pada Ahad, 22 Oktober 2023 bertempat di Dataran Karangkraf mulai 8.30 – 9.30 pagi.
Jemputan dibuat kepada semua Muslim untuk hadir ke sesi #QuranHour khas ini, berdoa dan bersolat hajat untuk saudara yang sedang menderita di Gaza.


Solusi secara bersama ini diharapkan dapat menghentikan keganasan, mencapai gencatan senjata, juga kemanusiaan ini dapat sampai kepada ratusan ribu wanita, kanak-kanak dan lelaki yang tidak bersalah di sana.
Peserta disarankan membawa Al-Quran dan payung sendiri dan berkumpul di Dataran Karangkraf. Atau boleh bersama menjalankan misi ini di tempat masing-masing pada waktu yang sama.
Sabtu lepas, selepas pejuang Hamas berjaya ‘menembusi’ wilayah Israel dari Gaza, Presiden Israel, Benjamin Netanyahu telah mengisytiharkan perang terhadap Hamas. Pihak Palestin melaporkan serangan Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 2,778 orang meninggal di Gaza dan angka kematian terus meningkat.
Download seeNI sekarang!

Majalah Nona sekali lagi mencetus fenomena dengan menganjurkan acara pertunjukan fesyen Glam Lebaran Nona yang dibawakan oleh MINAZ dan diserikan oleh Sabihah Gold. Bersempena dengan ketibaan Syawal tidak lama lagi, acara ini bukan sahaja mengimbau kenangan raya yang sangat menyeronokkan malah koleksi baju-baju Aidilfitri yang menyentuh jiwa.
Bertemakan Arabic dan Malay Classic¸ kehadiran tetamu terdiri peminat fesyen dan pempengaruh terkemuka memberi makna tersendiri kepada acara Glam Lebaran Nona.
Turut hadir menyerikan majlis adalah Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Yang Berbahagia Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad.


Terus meneraju trend dan menjadi rujukan wanita Malaysia, portal Majalah Nona sekali lagi menjalin kolaborasi dengan jenama fesyen tempatan seperti MINAZ.
Selama 14 tahun di pasaran, MINAZ mengukuhkan kedudukannya dalam industri melalui pelbagai himpunan yang elegan termasuk koleksi raya yang menjadi pilihan wanita dan seisi keluarga.
Dengan gabungan kekuatan tiga entiti yang berpengaruh ini, diharapkan industri fesyen tempatan dapat terus berkembang dan mencipta impak yang signifikan dalam arena fesyen di Malaysia.
Nona terus unggul dalam membantu mempromosi produk fesyen tempatan melalui platform digitalnya yang terkenal dengan liputan yang kreatif, informatif dan inspiratif.












Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim berkata, “Kami sangat berbesar hati atas kerjasama yang terjalin dengan MINAZ yang menghasilkan koleksi yang memukau ini. Kerjasama ini memperlihatkan komitmen kami untuk terus mengangkat dan mempromosikan bakat-bakat tempatan serta mendorong pertumbuhan industri fesyen Malaysia.
Selain peragaan fesyen runway, MINAZ juga turut menampilkan selebriti Nora Danish sebagai muse memperagakan koleksi Lebaran Kita Sempurna. Majlis eksklusif ini dihoskan oleh Fiza Frizzy serta penyanyi Adira Suhaimi dan Amylea Azizan turut dijemput menghiburkan tetamu.
MINAZ juga dalam rangka kembangkan pasaran ke negara jiran Indonesia. Secara eksklusif pempengaruh Indonesia, Aghnia Punjabi & Nadzira Shafa diterbangkan khas ke acara fashion show ini bagi melihat sendiri koleksi Lebaran Kita Sempurna oleh MINAZ.
Memang luar biasa! Jom saksikan video penuh Glam Lebaran Nona di bawah…
Download seeNI sekarang!




