Pelakon Siti Hariesa tampil menjelaskan dakwaan segelintir pihak yang menganggapnya sebagai ‘anak emas’ TV3 dek kerana sering muncul pada drama-drama terbitan stesen televisyen berkenaan.
Kata Siti Hariesa atau nama lengkapnya, Siti Hariesa Muhammad Hanafi, 27, tidak wujud dakwaan sebegitu kerana dia juga bermula daripada program pencarian bakat Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL) anjuran TV3 sekali gus menganggap ini adalah platform untuknya lebih dikenali.
“Saya pun mula dengan TV3 (DFKL 2019). Jadi, saya rasa itu adalah platform saya dan saya anggap ini adalah rezeki saya.
“Tapi, sudah tentu saya nak berkembang lagi dan tidak hanya berada di satu tempat sahaja. Saya nak try benda berbeza juga kan?
“Tapi tak apa, saya okay sahaja dengan gelaran itu. Alhamdulillah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Siti Hariesa bakal terlibat dalam drama terbaharunya berjudul, Aiman (Lestary) dan Dear Farris (Tonton Original Series) yang akan ditayangkan apda tahun hadapan.
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Hariesa Nafi ‘Besar Kepala’ Di Set Penggambaran- “Kalau Tak Puas Hati Tegur, Jangan Cakap Belakang”




