Siti Nurhaliza, Abby Abadi, Fasha Sandha & Nora Danish.. Semua Cantik Macam Bidadari! Yayasan Nurjiwa Terima Sumbangan RM500,000 Kas Untuk G*za

Siti Nurhaliza, Abby Abadi, Fasha Sandha & Nora Danish.. Semua Cantik Macam Bidadari! Yayasan Nurjiwa Terima Sumbangan RM500,000 Kas Untuk G*za

Tiga selebriti cantik, Abby Abadi, Fasha Sandha dan Nora Danish telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa yang diasaskan oleh penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Sumbangan yang diberikan mereka adalah hasil jualan syarikat Inayah Beauty yang melantik mereka bertiga menjadi duta.

Bantuan bernilah setengah juta ringgit itu akan disalurkan kepada 2,500 keluarga yang memerlukan, sebagai tanda dedikasi syarikat dalam usaha kemanusiaan global.

“Kami di Yayasan Nurjiwa @nurjiwafoundation bertempat di pejabat CTDK Holdings menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Inayah Beauty, Puan Dini Qistina @dinilatifi, rakan-rakan artis @noradanish @fashasandha @abbyabadi_112 dan beberapa kakitangan mereka.

“Alhamdulillah, kami sempat meraikan mereka dalam suasana penuh ukhuwah, santai, berbahagi rezeki dan kami sempat membawa mereka meninjau suasana di pejabat kami.

“Inayah Beauty antara syarikat yang membantu Yayasan Nurjiwa setahun lalu bagi menjayakan teras bantuan yayasan kami terutamanya bantuan ke Gaza, Palestin.

“Tahun ini mereka hadir sekali lagi memberikan sumbangan sebanyak RM500,000 dan kami berdoa dan berharap agar sumbangan ini akan dapat dimanfaatkan kepada banyaknya keperluan, sedekah dan jariah untuk mereka di luar sana termasuk saudara kita di Gaza.

“Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi Inayah Beauty serta lain-lain pengasas, syarikat, individu yang telah bersama-sama yayasan kami selama ini.

“Kami doakan agar Inayah Beauty dan semua dermawan akan dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda dan berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat,” kongsi Siti di Instagram.

Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji usaha baik syarikat itu dalam menghulurkan bantuan kepada saudara kita di sana menerusi Yayasan Nurjiwa.

Tidak kurangnya di ruangan komen, peminat memuji kecantikan Siti, Abby, Fasha, Nora dan Dini yang anggun mengenakan abaya dan mereka disamakan seperti bidadari.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Inayah Beauty, Dini Latifi, menjelaskan bahawa keyakinan terhadap Yayasan Nurjiwa dan reputasi pengasasnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, adalah faktor utama dalam keputusan mereka.

“Kerjasama dengan Yayasan Nurjiwa memberikan kami keyakinan kerana integriti dan kebolehpercayaan mereka. Reputasi Siti yang telus memudahkan kami untuk menyalurkan sumbangan dengan yakin bahawa ia akan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

“Tahun lalu, kami berjaya mengumpul RM300,000 untuk disumbangkan bagi membantu penduduk di Gaza. Tahun ini, jumlah sumbangan bertambah kepada RM500,000 dan daripada apa yang diberitahu, ini bagi membantu 2,500 keluarga di sana,” ujarnya.

Tambah Dini, usaha ini bukan hanya dianggap keperluan segera tetapi juga bertujuan untuk membina satu tradisi tahunan yang menyeluruh.

“Kami bercita-cita menjadikan kutipan ini sebagai acara tahunan dan berusaha memperkenalkan inovasi yang boleh menggalakkan lebih ramai untuk terlibat,” ujarnya.

Dengan komitmen yang jelas dan kolaborasi strategik, Inayah Beauty dan Yayasan Nurjiwa terus memainkan peranan penting dalam misi kemanusiaan, memberikan harapan kepada ribuan keluarga dan mendorong semangat dermawan dalam setiap pihak yang terlibat.

Scroll to Top