am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Perdana Menteri hari ini menerima kunjungan hormat daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang mewakili Yayasan Nurjiwa.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam pertemuan di pejabatnya itu, pelbagai topik dibincangkan termasuk peranan penting yang boleh dimainkan penyanyi nombor satu negara itu dalam mendidik serta menjadi contoh teladan kepada golongan seni.
“Kami turut menyentuh kepentingan kepelbagaian dalam persembahan seni supaya sentiasa relevan dengan perubahan zaman dan kehendak generasi baharu,” katanya dalam Facebook, hari ini.
Yayasan Nurjiwa sebelum ini aktif dalam pelbagai program amal dan pendidikan, manakala Siti Nurhaliza terus memainkan peranan sebagai ikon seni yang disegani bukan sahaja kerana pencapaiannya, tetapi juga sumbangan sosial dan budaya secara berterusan.
© New Straits Times Press (M) Bhd