Siti Nurhaliza Kongsi Titik Terendah, Reda Jika Kerjaya Menjunam Saat Memilih Kahwin Dengan Datuk K

Siti Nurhaliza Kongsi Titik Terendah, Reda Jika Kerjaya Menjunam Saat Memilih Kahwin Dengan Datuk K

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi detik sukar saat namanya berada di puncak kejayaan apabila memilih untuk berkahwin dengan suami tercinta, Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa atau Datuk K.

Menerusi temu bual bersama Nona, Siti berkata, selain berdepan dengan pelbagai persepsi masyarakat, dia juga sudah reda jika peminatnya terbahagi kepada dua iaitu kekal setia menyokongnya atau sebaliknya.

“Sebenarnya ini bukanlah titik terendah kita panggil dia titik dimana kita reda dengan apa yang berlaku. Itu fasa sebelum saya menjadi isteri, sebab masa tu saya semua orang sedia maklum, Datuk K pun pernah berkeluarga dulu  kemudian saya memilih untuk berkahwin dengan Datuk K.

“Masa tu peminat pun dah terbahagi dua, ada yang suka begitu juga sebaliknya. Masa tu saya betul reda kalau karier saya dah betul menjunam. Sebab saya rasa itu adalah jodoh saya yang telah tertulis oleh Allah SWT dan juga saya membina masjid. Rezeki Allah dah tetapkan… apapun cabaran, dugaan saya berserah pada Allah sahaja. Allah tentukan yang terbaik untuk saya,” katanya.

Mengulas lanjut, Siti mengakui keputusannya untuk berkahwin bukanlah mudah kerana ia melibatkan masa depan dan kariernya dalam industri sekaligus yakin dan menyerahkannay segalanya pada ketentuan Tuhan.

“Itu orang cakap, rezeki, jodoh, maut, semua ditangan Allah sebab apapun yang berlaku dihujungnya juga nanti kita tak tahu apa yang Allah sudah tentukan untuk saya.

“So, selepas itu memang ada peminat yang dah terbahagi dua dan selepas mereka melihat macam mana Datuk K menjaga saya, dan saya masih lagi bekerja keras dalam industri, mereka semua kembali untuk memberi kepercayaan kepada saya semula. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan itu. Jadi, itulah keadaan yang kalau ditanya titik terendah saya itu. Bukan senang, sebab ini adalah keputusan masa depan saya juga. Kalau silap itu saya kena lalui sendiri,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelantun Biarlah Rahsia yang tidak lokek dengan senyuman ini meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan pasangan yang memahami dan sentiasa menjaga di usia perkahwinan yang kini sudah hampir dua dekad.

“Alhamdulillah saya syukur perkahwinan pun dah hampir 20 tahun. Yang penting pasangan kita ni dia menjaga kita dengan baik, nawaitu tu sama inshaa-Allah perkahwinan itu hanya Allah yang menentukan dan semoga ia berakhir sampai ke jannah,” ujarnya.

@nona.my “Masa Tu Saya Redha Akan Hilang Peminat, Karier Pun Dah Mula Menjunam Kerana Memilih Untuk Berkahwin Dengan Dato’ K” Sesungguhnya jodoh, pertemuan dan segala yang terjadi dalam kehidupan adalah ketentuan Allah SWT. PerancanganNya adalah yang terbaik. Bahtera perkahwinan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Dato’ K telah pun genap 19 tahun. Semoga kekal bahagia sampai syurga. Selamat ulang tahun perkahwinan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Dato’ K! #majalahnona #wanita #borakceo #podcastnona #sitinurhaliza ♬ Slow song – Single Cirquit

 

Scroll to Top